
pengalaman masuk splinter ni memang menyakitkan, kerana selalunya susah nak keluarkan bila hanya satu tangan sahaja yg boleh bekerja mengeluarkan splinter ni. bila nak keluarkan pula kayu atau besi tu tertusuk dalam ke kulit, mengeluarkannya jika tak berhati-hari berkemungkinan akan menyebabkan terputus dua sebab menggunakan ketip kuku, berkemungkinan juga akan tertusuk lebih dalam kerana posisi splinter yg serong ketepi.
banyak kaedah yg saya cuba bila membuat research di internet, ada yg mencadangkan penggunaan minyak baby oil sebelum mencabutnya, ada yg mencadangkan membeli krim khas untuk disapukan kemudian mencabutnya. yang best sekali jumpa doktor.
bagi saya kaedah yg paling senang dan mudah, dan berjaya tanpa terasa sakit yg amat sangat
1- potong kuku yg menghalang kedudukan splinter
2- bersihkan kulit supaya tidak keliru dengan kekotoran seperti tanah dan minyak
3- tenangkan fikiran, kalau kelam kabut nak keluarkan akan mengganggu tumpuan dan mengakibatkan kulit terkoyak lebih besar
4- rendamkan tempat splinter didalam air, selalunya tempat itu akan bengkak kemerahan, sukar untuk mengeluarkannya, dengan merendamkannya bengkak akan surut dan tempat splinter tu akan kelihatan lebih jelas
5- yg ini paling senang, apabila tempat splinter tu direndam, kulit akan pucat. sekali pandang kita dah tahu splinter itu dalam atau tidak, dan panjangnya juga dapat dipastikan. gunakan jarun bersih, hanya urut dengan menolak splinter tu keluar, dengan mudah ia akan keluar.
kulit yg pucat direndam tadi akan sedikit kebas, tanpa rasa sakit. sesudah itu sapukan dengan ubat antiseptik supaya tiada jangkitan.
