siap semua kul 12pm baru boleh keluar, bebudak berdua tu.... meragam macam2 sbb baju dah dipakaikan, tahu mmg dah patut keluar tapi masih menunggu. macam2...
pits stop pertama: pergi ke les coupe - studio upin ipin utk ke gerai konon nyer nak beli baju bebudak, last check baju harga RM37, sampai mmg betul harga tu tp sepasang. ehhmm...
dapatlah beli baju t shirt utk aus shj sbb iaz takde saiz.
diberitahu ada karnival di karangkraf. selepas makan itu lah pit stop ke 3
makan tengahari di Ani Sup Utara, boleh tahan gak aus dan iaz makan especially adik dia tak boleh sabar menunggu giliran disuap, kalau boleh nak panjat ke meja sambar suapan.
di karangkraf menarik jugaklah sebab, banyak buku dijual terutamanya buku pama keluaran yang lepas dan terbaru bulan march. borong habis. nasib baik ada offer beli majalah dapat pampers mummypoko. panas terik...
di karnival kebetulan ada booth upin ipin dan maskot pun ada, camera takde nasib baik ada video cam.
habis bergambar, video sudah di edit. seronoknya bebudak tu sampaikan tertido bila mendarat dirumah, pastinya perut mereka tidak kosong.