Thursday, March 19, 2009

Spilter




semalam jari tangan terasa sakit, saya biarkan kerana mungkin disebabkan kulit kering yg terkoyak, sebab kebiasaannya begitu. Tapi bila bangun pagi ni jari yg sakit ini bengkak. confirm masuk splinter.

pengalaman masuk splinter ni memang menyakitkan, kerana selalunya susah nak keluarkan bila hanya satu tangan sahaja yg boleh bekerja mengeluarkan splinter ni. bila nak keluarkan pula kayu atau besi tu tertusuk dalam ke kulit, mengeluarkannya jika tak berhati-hari berkemungkinan akan menyebabkan terputus dua sebab menggunakan ketip kuku, berkemungkinan juga akan tertusuk lebih dalam kerana posisi splinter yg serong ketepi.

banyak kaedah yg saya cuba bila membuat research di internet, ada yg mencadangkan penggunaan minyak baby oil sebelum mencabutnya, ada yg mencadangkan membeli krim khas untuk disapukan kemudian mencabutnya. yang best sekali jumpa doktor.

bagi saya kaedah yg paling senang dan mudah, dan berjaya tanpa terasa sakit yg amat sangat

1- potong kuku yg menghalang kedudukan splinter

2- bersihkan kulit supaya tidak keliru dengan kekotoran seperti tanah dan minyak

3- tenangkan fikiran, kalau kelam kabut nak keluarkan akan mengganggu tumpuan dan mengakibatkan kulit terkoyak lebih besar

4- rendamkan tempat splinter didalam air, selalunya tempat itu akan bengkak kemerahan, sukar untuk mengeluarkannya, dengan merendamkannya bengkak akan surut dan tempat splinter tu akan kelihatan lebih jelas

5- yg ini paling senang, apabila tempat splinter tu direndam, kulit akan pucat. sekali pandang kita dah tahu splinter itu dalam atau tidak, dan panjangnya juga dapat dipastikan. gunakan jarun bersih, hanya urut dengan menolak splinter tu keluar, dengan mudah ia akan keluar.

kulit yg pucat direndam tadi akan sedikit kebas, tanpa rasa sakit. sesudah itu sapukan dengan ubat antiseptik supaya tiada jangkitan.


Tuesday, March 3, 2009

PROJECT Q

Project Qemu


www.qemu.org

http://bellard.org/qemu/


satu projek open source yg menggunakan emulator, membolehkan pengguna mac os (leopard/tiger...) menggunakan windows os (windowsXP / WinNT) pada masa yg sama tanpa mengganggu mac os.


1-pada mulanya kurang yakin dengan Q ni tetapi setelah menggunakannya rasanya keperluan itu ada.


2-file transfer menjadi isu kenapa saya rasa Q memainkan peranan penting, osx dgn mudah dapat mengakses file dari windows file system, tetapi windows yg lebih mengutamakan protokol monopolinya sukar mengakses mac file system. boleh saya katakan hampir mustahil. 


3-Q dengan emulator winXP, penerimaan dan penghantaran file menjadi lebih mudah. cuba bayangkan winxp didalam mac os, tak perlu saya menggunakan 2 cpu untuk mengakses file atau transfer sekiranya file tersebut berada di dalam windows file system.


4-penggunaan samba juga boleh di impliment tetapi tak semua user faham function nya, masih saya rasa melecehkan


5-mac os memang ada service remote desktop control dimana client machine dapat mengambil alih server atau machine dgn full control over machine. tetapi berlainan caranya sekiranya hendak mengakses mac os dan pc windows untuk remote desktop. 3rd party software perlu di install di kedua-dua system untuk membolehkannya berkomunikasi. sekali lagi Q membantu memudahkan Remote Desktop for full control.


6-penggunan mac biasanya related dgn tugas, kerana aset yg dikeluarkan bukan sedikit untuk mac, penggunaan utama saya ialah Final Cut pro & Adobe family packages. kedua-dua software tu sahaja dah saya utilize guna machine ni. tetapi kadang kala hiburan seperti online game sekali sekala, boleh menjengkalkan saya, kerana penggunaan web plug-in untuk online game. provider ni kekadang tak peduli  mac user juga perlukan hiburan, bukan calang calang komuniti. sekali lagi windows menunjukkan protokol monopolinya.


6-masalah sepanjang experiment saya, Q akan hang bila start emulator, bukan selalu, tetapi boleh dikatakan 4 dlm sepuluh boot-up. bagi saya tak kisah asalkan mac os tidak diganggu, cuma kena force quit sahaja. 


7-terbaru saya install debian cuma tak kerap guna, nak pastikan. linux boleh di install di mac machine. 


selamat mencuba



Sunday, March 1, 2009

Upin & Ipin / Aus & Iaz

Ahad Yang Terik

pagi2 lagi aus dengan iaz dah bangun, tahu diorang nak gi jalan, plan memang nak keluar awal pukul 10, tapi lyya kena bertugas, membuat dadih untuk majlis kenduri rumah belakang yang mak mertua ku telah janjikan tetapi lupa dibuat, adeh...

siap semua kul 12pm baru boleh keluar, bebudak berdua tu.... meragam macam2 sbb baju dah dipakaikan, tahu mmg dah patut keluar tapi masih menunggu. macam2...

pits stop pertama: pergi ke les coupe - studio upin ipin utk ke gerai konon nyer nak beli baju bebudak, last check baju harga RM37, sampai mmg betul harga tu tp sepasang. ehhmm...
dapatlah beli baju t shirt utk aus shj sbb iaz takde saiz. 

diberitahu ada karnival di karangkraf. selepas makan itu lah pit stop ke 3

makan tengahari di Ani Sup Utara, boleh tahan gak aus dan iaz makan especially adik dia tak boleh sabar menunggu giliran disuap, kalau boleh nak panjat ke meja sambar suapan.

di karangkraf menarik jugaklah sebab, banyak buku dijual terutamanya buku pama keluaran yang lepas dan terbaru bulan march. borong habis. nasib baik ada offer beli majalah dapat pampers mummypoko. panas terik...

di karnival kebetulan ada booth upin ipin dan maskot pun ada, camera takde nasib baik ada video cam. 

habis bergambar, video sudah di edit. seronoknya bebudak tu sampaikan tertido bila mendarat dirumah, pastinya perut mereka tidak kosong.